KUALA TERENGGANU: Mayat seorang lelaki mangsa lemas di Pantai Batu Buruk akhirnya ditemui berhampiran Pulau Gemia, Marang pada petang Isnin selepas pencarian selama 30 jam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Terengganu, Muhammad Basri Kamarazaman berkata, mayat, Zulkarnain Mohamed Zubir, 44, ditemui terapung oleh nelayan pada kedudukan 16 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
"Mayat mangsa kemudiannya dibawa naik oleh anggota bomba ke Jeti Marang kira-kira jam 5.15 petang.
"Kita menerima laporan orang awam yang memaklumkan menemui mayat seorang lelaki berseluar pendek hitam terapung di kawasan berhampiran Pulau Gemia pada jam 4 petang tadi," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dekat sini pada Isnin.
Mengulas lanjut, Muhammad Basri berkata, mayat mangsa terus dibawa ke Jeti Marang dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan kegembiraan empat sekeluarga berkelah di Pantai Batu Buruk dekat sini bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka dikhuatiri lemas kira-kira jam 11.20 pagi Ahad.
Zulkarnain dilaporkan hilang dipercayai dibawa arus ombak ketika beriadah bersama isteri dan dua anak perempuannya di Pantai Batu Buruk. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Feb 19 2024
Mayat mangsa dibawa ke Jeti Marang dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - Gambar/ JBPM Terengganu
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
Pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat.
Pesawat Garuda Indonesia lakukan pendaratan cemas selepas enjin terbakar
Pesawat yang membawa 450 penumpang dan 18 anak kapal termasuk jemaah haji baru saja berlepas dari Makassar menuju Arab Saudi.
Lelaki hilang ketika berkelah ditemui lemas di Lata Bayu
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika berkelah bersama tiga rakannya di Lata Bayu, Asam Jawa, di sini ditemukan lemas.
Lelaki terjatuh sungai ditemui lemas
Seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam sungai berdekatan dengan Jeti Sungai Kerak, di sini ditemukan lemas awal pagi Ahad.
Bot nelayan selamatkan remaja nyaris lemas
Tindakan pantas nelayan pesisir pantai berjaya menyelamatkan seorang remaja daripada dihanyutkan arus ke tengah laut dalam kejadian di Pantai Pandak, Chendering.
Grafik kawah laut di Pantai Batu Buruk tidak tepat, mengelirukan - Pakar
Grafik kawah laut yang tular di media sosial susulan kes lemas di Pantai Batu Buruk, Isnin lalu, adalah tidak tepat dan berbeza daripada situasi sebenar.
Orang Terengganu tak mandi di Pantai Batu Buruk
Fenomena 'Arus Karau' atau lebih dikenali 'rip current' iaitu ditarik arus deras secara tiba-tiba masih belum diberikan perhatian oleh rakyat di negara ini.
Mayat lelaki lemas ditemui berhampiran Pulau Gemia
Mayat seorang lelaki mangsa lemas di Pantai Batu Buruk akhirnya ditemui berhampiran Pulau Gemia, Marang pada petang Isnin selepas pencarian selama 30 jam.
Pekerja ladang terjatuh parit ditemukan lemas
Pekerja ladang yang didakwa terjatuh ke dalam parit di ladang kelapa sawit di Sungai Bebar Utara, Pekan, semalam, ditemukan lemas hari ini.
Budak 11 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun hilang, dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Tok Hakim, dekat sini pada petang Rabu.
Tiga kes lemas akibat banjir direkod sejak 21 Nov - Polis Kelantan
Tiga kes kematian akibat banjir direkodkan dalam tempoh monsun timur laut bermula 21 Nov hingga semalam (25 Dis).
Pemasangan LiSA akan diperbanyak bantu bendung kes lemas di Johor
Kerajaan Johor akan memastikan lebih banyak peti peralatan keselamatan Life Saving Appliances (LiSA) dipasang di lokasi tumpuan ramai khususnya di pantai bertujuan membendung kes lemas di negeri itu.